CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 26, 2008

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR DI MALAM PENGHARGAAN PESTA KONVO TAMU GADANG KE-10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 25 Oktober 2008 telah berlangsungnya MALAM PENGHARGAAN
PESTA KONVO TAMU GADANG KE-10 di Shangrila's Rasa Ria Resort, Tuaran. Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan lancar kerana majlis itu boleh dikatakan santai walaupun dengan kehadiran Y.Bhg Prof.Amran Ahmed, TNC HEP&A yang amat saya sanjungi dengan keramahannya dan 'jiwa rakyat'.

Kepada rakan-rakan saya yang turut memeriahkan majlis tersebut juga saya ucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan kehadiran anda amat bermakna. Kepada 'mantan MPP' Hilal, Afiq, Azrul, Azri, Ayuni, Hafiz dan MPP baru yang hadir saya ucapkan sekali lagi penghargaan terima kasih.


Saya juga ingin meminta maaf seandainya sewaktu menjadi Ketua Pengarah terdapat kesilapan dan sebagainya. Maaf zahir batin.

Kepada ajk-ajk 'jasamu dikenang dan diucapkan terima kasih'.
Sekian.


Friday, October 17, 2008

PRASASTI PERJUANGAN KAMI...


(FROM MANTAN S.U AGUNG)
Kami menyedari bahawa berdiam diri saja tidak memadai,
kesedihan berkepanjangan tidak berguna, bahkan jerit tangis hanya sia-sia.
Perjuangan ini menuntut gerakan yang nyata, tidak hanya sekedar retorik semata-mata.
Maka kami bergerak, sepenuh hati untuk memberikan sepenuh tenaga, tanpa peduli seberapa besar hasilnya, kerana yang kami inginkan hanyalah berusaha, bekerja, dan memberikan yang terbaik yang kami ada.
Kami mengetahui bahawa jalan ini sangat panjang,
bahkan menembus rentang usia dan waktu yang kami miliki.
Di dalamnya terdapat banyak mehnah dan tribulasi yang mampu menyakitkan dan memalingkan hati, melelahkan fizikal kami yang penuh keterbatasan, bahkan berkali-kali membuatkan air mata kami mengalir deras.
Atas semangat itu, kami bersatu dalam ikatan persaudaraan.
Kami bersaudara untuk saling mengingatkan, menguatkan, dan meneguhkan.Kami meyakini bahawa dunia ini hanyalah sementara. Populariti, pujian, harta benda, bukanlah harga yang pantas bagi perjuangan kami. Hatta cacian, makian, tekanan, dan pemfitnahan bukan penghalang perjuangan kami. Perjuangan ini tidak layak dikotori oleh keinginan dan tuntutan peribadi. Justeru, kami mengikhlaskan sepenuh hati, hanya untuk redha ILahi.
Kami menginsafi perjuangan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan setengah hati, setengah tenaga, dan setengah perhatian.
Perjuangan ini menuntut komitmen, konsistensi, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Lantas, kami menanamkan dalam sanubari, untuk berjuang sepenuh hati, sepenuh tenaga, dan sepenuh perhatian dengan kudrat daripada Yang Maha Esa. Kami adalah 34 orang wira dan srikandi pejuang kebajikan mahasiswa di UMS ini.Akan kami wariskan semangat dan iltizam
“Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”
kepada generasi jundullah

BERAKHIRKAH....................????

SALAM PERJUANGAN.
1. Nampaknya kami dah pun menjadi mantan MPP.
2. Pelbagai ragam dan kerenah dapat dipelajari.
3. Jutaan pengalaman akan dijadikan panduan hidup
4. Pertalian gugusan persaudaraan tetap dihati.
5. Susahlah nak berkumpul 34 orang lagi.
6. Sedih@gembira hanya di sanubari.
7. Semoga TUHAN meredhai.
POHON MAAF SEANDAINYA MELAKUKAN PELBAGAI RAGAM.
"MANUSIA ITU UNIK"

Sunday, October 12, 2008

PILIHANRAYA KAMPUS SEMAKIN HAMPIR.

Salam mesra untuk semua.
Pada 23 oktober ini akan berlangsung pilihanraya kampus di Universiti kita. Jangan lupa kita semua bertanggungjawab untuk pergi mengundi calon pilihan kita. Kepada calon-calon yang bakal menerajui kepimpinan barisan MPP sesi akan datang, teruskan perjuangan. Lakukan yang terbaik untuk semua mahasiswa. Lakukan sedaya upaya yang mampu. Jangan lupa pula akan kewajipan kita sebagai pelajar serta pemimpin.
Selamat berjaya.

Saturday, October 4, 2008

ADAKAH AIDILFITRI TAHUN INI KALI TERAKHIR?

Salam Syawal buat semua.
Dikesempatan ini saya ingin sekali lagi meminta maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya diatas kesilapan yang pernah dilakukan dengan niat atau sebaliknya.
Malah saya juga ingin mengajak kita semua berfikir 'seandainya Aidilfitri kali ini yang terakhir untuk kita'...Fikir-fikirkanlah.
Salam berusaha.

Sunday, September 21, 2008

9 HARI LAGI DAN........!

Salam mulia untuk semua.

Sempena bulan Ramadhan ini, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan sesama kita tak kira kita pernah melakukan kesalahan ataupun kesilapan. Mungkin juga kita pernah membuatkan orang lain terasa dengan tindakan kta secara tidak sedar. Oleh itu ayuh kita meminta maaf bagi menjernihkan semula air yang putih. 9 hari lagi (bermula dari 21/9/08) akan menjelma bulan Syawal yang kita semua tunggu-tunggukan...Pastikan puasa kita cukup k(untuk lelaki la...hehe)...

Sedar tak sedar juga, PilihanRayaKampus bakal menjelang bila tiba masanya yang sesuai. Kepada bakal-bakal mahasiswa yang ingin masuk ke gelanggang politik kampus 'uyuh berjuang!'. Pelbagai faedah, rintangan dan cabaran bakal anda semua tempuhi. Namun percayalah, itu semua akan memberikan anda ketahanan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Yang pasti pengalaman itu tidak dapat dijual beli. Diingatkan juga jangan terlalu ghairah sehinggakan mengabaikan tugas pertama kita sebagai mahasiswa.

Kepada calon JAKMAS sesi 08/09 yang telah berjaya menjadi JAKMAS, tahniah diucapkan. Teruskan berjuang! Jangan lagi pandang kebelakang. Niat biarlah suci dan kerana ALLAH SWT. Semoga mendapat keberkatan dariNYA.

Sahabat-sahabat yang saya sanyangi semua, SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN dari saya AFIZUL. Seandainya sepanjang saya memegang portfolio Exco Projek dan Protokol ini terdapat pelbagai masalah, saya selaku hambaNYA yang lemah ini memohon jutaan kemaafaan.

Keunikan dan kepelbagaian kita mencorakkan lagi dunia ini.
Salam mulia untuk semua.

Monday, September 15, 2008

PANTUN ORANG BERCINTA

Salam Becinta.

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini.. heran....

pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?...

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...

bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..

masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

kesudahannya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini,
x takut ker susut nilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...

tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting....

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat....

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...

salam unik untuk semua.

Saturday, September 13, 2008

17 HARI LAGI SYAWAL BAKAL MENJELANG

Salam mulia untuk semua.
Dikesempatan bulan ini dan Syawal yang bakal tiba, saya ingin mengucapkan salam beramal dan salam Syawal untuk semua. Maafkan salah silap yang dilakukan secara sengaja iaitu tidak sengaja. Teruskan perjuangan kita yang belum selesai.
Salam.

Thursday, September 4, 2008

APA ERTINYA PENGORBANAN???

Salam mulia untuk semua.
Kali ini saya ingin tahu erti sebenar pengorbanan.Kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi pendapat dipersilakan dan dialukan.
Pengorbanan bagi saya ialah kita sanggup berbuat apa sahaja yang kita mampu untuk sesuautu, samaada pergorbanan terhadap tugas,
rakan atau sahabat, keluarga, diri sendiri, agama dan bangsa.Namun adakah pergorbanan yang dilakukan itu ikhlas?
Terlalu sukar untuk kita menilai sesuatu yang susah diukur.Jika kuantiti air atau barangan, senanglah kita nak membuat penialaian, tetapi macam mana pula nak mengukur pengorbanan atau keikhlasan?
Kadang-kadang timbul di sudut hati nurani, 'apa yang aku dapat berkorban untuk dia?',apa yang aku dapat berkorban untuk ini dan itu?'.
Renungkanlah sendiri kerana jawapannya ada pada kita semua.Jangan pertikaikan keunikan orang kerana kita juga unik.
Salam beramal.

Monday, September 1, 2008

SELAMAT BERPUASA TANPA ALASAN!

Salam beramal untuk semua.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan ingin MEMINTA MAAF SEKIRANYA ADA MELAKUKAN KESILAPAN SECARA SENGAJA atau sebaliknya. Kepada rakan-rakan yang muslim, ambillah kesempatan melakukan amal sebanyak mungkin dan moga berterusan. Jangan jadikan alasan berpuasa dan letih atau sebagainya.
Salam ramadhan.

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN BAGI YANG 'MERDEKA'.

Salam merdeka untuk semua.
Salam itu saya tujukan khas kepada semua yang merasakan dirinya merdeka dari cengkaman yang sepatutnya. Semoga pada hari ini kita semua memasang niat untuk terus memerdekakan diri kita dan membuat anjakan paradigma yang positif. Jangan pandang ke belakang untuk melemahkan semangat kita, tapi tolehlah ke belakang untuk membangkitkan perasaaan juang dalam diri untuk terus berjaya dan berjaya. Seimbangkan amalan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan lupa akan tugas kita sebagai mahasiswa. Belajar dan terus berusaha mencapai segulung ijazah yang bermakna. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KEPAADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
Salam perpaduan untuk semua.

Friday, August 29, 2008

MIDTERM DAN PASARAN KERJA

Salam ceria untuk semua.
Pada minggu ini semua pelajar UMS sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester. Bagi jawatankuasa Pesta Konvo Tamu Gadang 10, banyak yang harus di usahakan kerana ketika cuti seminggu yang lepas di bahagikan kepada aktiviti Tamu Gadang. Syabas dan tahniah kepada semua jawatankuasa Tamu Gadang kerana saya percaya anda adalah orang yang seimbang dengan aktiviti kemahasiswaan dan akedemik. Teruskan perjuangan suci anda semua.
Namun saya tertanya-tanya sendirian, kenapa orang lain juga seumpama sibuk dengan aktiviti lain sehinggakan ada yang belum bersedia menghadapi peperiksaan atau menyiapkan tugasan. Disini saya seakan-akan membuat tafsiran sendiri bahawa yang aktif tetap aktif dalam akedemik dan kemahasiswaan dan yang pasif terus mendiamkan diri. Kita harus ingat pasaran kerja menginginkan kita serba tahu dan serba bolehdalam apa sahaja bidang dan kemahiran. Oleh itu teruskan azam kita dengan satu matlamat iaitu kejayaan...
Salam hormat buat kalian.

Monday, August 25, 2008

BEST SANGAT! TAPI TIRAI TERPAKSA DILABUHKAN.

Salam cekal untuk semua.

Pada malam ini(25.8.08) adalah malam terakhir Pesta Konvo Tamu Gadang ke 10 berlangsung. Pelbagai suka dan duka dialami dan seribu pengalaman yang diperolehi. Ikhlas dari dalam hati saya amat sedih untuk meninggalkan organisasi jawatankuasa ini. Bayangkan tujuh hari tujuh malam kami ahli jawatankuasa bekerja bersama-sama dari pagi hingga ke pagi juga dengan postmortemnya setiap malam/pagi(purata 11pm-2am). Bukan itu sahaja kami bersama-sama, tetapi sejak berbulan-bulan yang lepas lagi kami meeting setiap minggu. Jika dulu saya baru sahaja kenal dengan pengarah bahagian, timb. pengarah bahagian atau ajk, tetapi sekarang macam adik beradik pula. Contohnya saya dengan pengarah keselamatan, urusetia, pertandingan, demonstrasi, makanan, pameran dan lain-lain. Boleh dikatakan kami macam adik beradik. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, saya merasakan hubungan silaturrahim bertambah erat. Syukur kerana aktiviti begini dapat menjalinkan seribu ikatan.

Walaupun pelbagai rintangan, masalah yang dihadapi semua, ia dijadikan cabaran untuk dirintangi bersama. Setiap kali postmortem pada sebelah tengah malamnya banyak rungutan, teguran, luahan hati dan perasaan, penambahbaikkan dilontarkan di bilik urusetia. Namun ia sekadar cara profesional untuk organisasi. Diluar, kami adik beradik, tetapi dalam meeting@ postmortem kami musuh yang profesional. Saya sering kali memberitahu kepada semua ahli-ahli meeting, ketika dalam meeting lontarlah apa sahaja yang kamu rasakan kamu harus bercakap, jangan simpan dalam hati takut ia meletup. Namun harus diingatkan semua itu boleh berlaku didalam bilik 'kebal' sahaja. Habis sahaja meeting, kita umpama adik beradik. ini barulah fleksibel dan profesional.

Akhir kata, semoga ikatan yang terjalin kekal utuh sepanjang masa. Sejuta pengalaman bersama korang tetap di ingatan. Maafkan salah silap yang disengajakan atau tidak sengaja. salam sayang korang semua. Sekian terima kasih.

Thursday, August 21, 2008

JANGAN JADI 'TIKUS' !!!!

Salam perjuangan untuk semua.
Saya berbangga kerana kebanyakan mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti kemahasiswaan adalah merupakan orang-orang yang berani bersuara dan meluahkan sesuatu dengan cara yang betul. Contohnya dalam organisasi Pesta Konvo Tamu Gadang Ke 10 ini, setiap malam post mortem diadakan untuk melihat kembali apa yang boleh dibaiki untuk penambahbaikkan. Malah saya menekankan sebarang luahan boleh dilakukan pada post mortem setiap malam di 'bilik kebal'(bilik gerakan Tamu Gadang). Apa yang terjadi membuatkan saya yakin dengan rakan-rakan mahasiswa yang berani meluahkan sesuatu yang sepatutnya dan berani bersuara mengetengahkan perkara yang seharusnya. Tahniah dan syabas bagi mereka yang beridentiti begini. Diharapkan semua mahasiswa tidak 'lesu'. Janganlah kita menjadi tikus yang sentiasa melarikan diri daripada kucing, tapi sebaliknya mencari jalan penyelesaian bersama.
Salam ikhlas untuk semua.

Wednesday, August 20, 2008

Pesta Konvo Tamu Gadang Ke 10 Rancak!

Salam berpesta untuk semua.
Perasmian Tamu Gadang sudah pun berlalu, dan hari ini hari yang ke 3 pesta ini berlangsung. Pelbagai aktiviti menarik menanti semua pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan dan aktiviti yang berlangsung. Semoga kita semua memanfaatkan apa yang berlaku. Kepada semua rakan-rakan yang akan menerima segulung ijazah pada 23-25 Ogos ini TAHNIAH diucapkan. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.
Sekian terima kasih.

Sunday, August 17, 2008

PERASMIAN TAMU GADANG DIUBAH.

Salam mulia buat semua.
Untuk pengetahuan semua, Perasmian Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10 di awalkan daripada 20 kepada 19 Ogos 2008. Majlis ini akan dirasmikan oleh TYT Canselor UMS. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
Sekian terima kasih.

Monday, August 11, 2008

ON AIR @ SABAH FM 9.40 AM 15 0G0S 2008

Salam mesra buat semua...
Buat kali pertamanya saya akan keudara sebagai tetamu jemputan di Sabah FM pada hari jumaat ini selaku Pengarah Tamu Gadang Kali Ke-10. Amanah dan tanggungjawab akan saya pikul sabaik-baiknya. Dalam proses pembelajaran ini kita harus yakin dan mencuba dengan hati yang positif. Doakan saya dapat menjalankan tugas dengan keberkatan dari TUHAN.amin..
Sekian bicara untuk kali ini..

KENAPA KORANG NI, AKU DAH MALAS LAH.......!!!

Salam bermotivasi untuk kalian.
Kenapa kita semua kadang kala lemah semangat?
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa kata-kata yang boleh kita fikirkan bersama. Antaranya:
  • "hiduplah seperti lilin yang menyinari orang lain, jangan pula kamu hidup seperti duri yang menusuk diri dan menyakiti orang lain pula"
  • "setitik dakwat mampu membuatkan sejuta orang berfikir mengenainya"
  • "hidup tanpa pegangan umpama buih-buih sabun yang bila-bila masa akan pecah"

Sekian untuk renungan bersama.

Saturday, August 9, 2008

KU SANGKAKAN TEDUH DI SIANG HARI, RUPANYA HUJAN DI WAKTU MALAM

Salam jiwa merdeka buat semua.
Ketika ini saya baru sahaja balik daripada Majlis Penutupan Karnival Makanan yang bertemakan food as fuel. Pada malam ini terdapat beberapa persembahan untuk tarikan pengunjung diantaranya ialah nyayian daripada pelajar SSMP sendiri. Dan apabila habis sahaja majlis rasmi, majlis tidak formal diteruskan dengan cabutan bertuah dan nyayian daripada kumpulan HUJAN. Saya pada mulanya berada di belakang dan terus bergerak ke depan pentas untuk mengalami sendiri pengalaman di dalam dewan bersama-sama dengan pelajar yang lain. Ada beberapa rakan yang mengenali saya menegur dan kelihatan seperti terkejut kerana saya memakai jeans. Saya seperti pelajar-pelajar yang lain menjadi penonton yang setia. Apabila berada di depan pentas, ramai pelajar perempuan yang duduk bersila di atas karpet. Dan disebelah saya ada pasangan bukan daripada pelajar UMS. Saya menyelami sendiri perasaan berhibur disitu dari awal hingga akhir.
Banyak benda yang boleh saya simpulkan daripada majlis ini. Antaranya:
  • Setiap artis mempunyai peminatnya yang sendiri sehinggakan ada yang terlampau ghairah melompat-lompat(lumrah bagi yang terlalu minat dengan penyanyi atau lagunya)
  • Kawalan untuk peminat bertindak agresif ada, tetapi tetap susah dikawal
  • Pelajar terlalu teruja melihat/mendengar pesembahan sehinggakan berkelakuan tidak sepatutnya sebagai pelajar
  • Kawalan percampuran antara berlainan jantina dilaksanakan tetapi tetap bercampur selepas majlis tamat
  • Pelajar betul-betul berhibur sehinggakan lupa akan status mahasiswa dll

Itu sahaja komen saya selaku penonton pada malam ini. Ini hanyalah pandangan saya mengikut perspektif saya. Dan apabila saya melihat dari sudut lain pula, pelajar-pelajar dikawal daripada meminum minuman keras, pihak universiti mengawal kesemua pergerakan majlis, para pelajar tidak perlu keluar dari universiti untuk berhibur dan sebagainya.

Pendapat saya ini tidak boleh dikatakan betul dan tidak boleh pula dikatakan tidak betul kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Malah saya tidak ada niat untuk memihak mana-mana pihak. Ia adalah dari dalam hati sanubari saya sendiri. Keunikan yang diciptakan ke atas kita membuatkan kita selalu berlainan antara satu sama lain. Sama-samalah kita berfikir demi kebaikan bersama. Yang mana baik kita ambil bersama, dan yang mana tidak baik kita ambil juga supaya dapat dijadikan teladan. Anda adalah penentu untuk diri anda.

Salam kepelbagaiaan buat kalian.

Friday, August 8, 2008

APA ERTI HIBURAN MELAMPAU?

Salam unik untuk semua.
Saya percaya dan pasti bahawa anda semua mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Oleh itu saya ingin membawa anda semua kedalam perbincangan bersama mengenai 'apa maksud hiburan melampau mengikut kefahaman anda?'

  • Adakah pernah berlaku hiburan melampau dalam UMS?
  • Adakah menyanyi itu hiburan melampau?
  • Adakah lakonan di pentas itu hiburan melampau?
  • Adakah membuat persembahan sajak hiburan melampau?
  • Adakah dikir barat hiburan melampau?
  • Adakah menari di pentas hiburan melampau?
  • Adakah sebarang persembahan yang anda tak suka itu hiburan melampau?

Sila lontarkan pendapat anda untuk perbincangan bersama. Pendapat saya dan anda tidak bermakna boleh diterima orang lain, tetapi mereka semua harus menghormati pandangan sesama manusia.

Berkata benarlah walaupun pahit.
Sekian.