CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 23, 2008

BILIK GERAKAN PESTA KONVO TAMU GADANG KE-10 DIBUKA!

Salam ceria untuk semua.

Buat pengetahuan semua, bilik gerakan atau bilik urusetia sudahpun dibuka dari hari Isnis dari jam 8am-5pm terletak di sebelah Pejabat Pos Mini UMS. Saudari Nadia, Pengarah Urusetia bertanggungjawab menyelia bilik berkenaan. Sebarang kerja atau perjumpaan untuk AJK Tamu Gadang boleh menggunakan bilik tersebut. Pihak Urusetia sedang melengkapkan kemudahan yang diperlukan seperti talian telefon, printer, mesin fotostat, info-info dan sebagainya. Buat pengetahuan juga, dalam masa terdekat ini, bilik tersebut akan berkongsi dengan Jawatankuasa Debat Alam Sekitar. Semoga UMS tetap Bertekad Cemerlang!

Pengarah Bahagian Persembahan Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10

Salam Tamu Gadang untuk semua.
Hari ini saya nak bercerita mengenai Pengarah Bahagian Persembahan. Saudara Gavin adalah dipertanggungjawabkan untuk mennjadi 'leader' dalam hal berkaitan persembahan. Antara usaha-usaha yang dibuat olehnya termasuklah membawa artis-artis dan pertandingan persembahan. Macam-macam hal yang berlaku memberikan semua orang pengalaman yang cukup berharga. Antara artis yang akan datang(belum pasti sepenuhnya lagi) ialah Stacy, Adam, Nabil, Felix, Letto dan beberapa artis dari UMS sendiri. Kami di pihak Jawatankuasa menekankan aspek persembahan yang sesuai untuk semua pelajar. Buat pengetahuan semua, Tamu Gadang kali ini dibuat semasa cuti pertengahan sem iaiti 19-25 Ogos 2008. Bagaimanapun 25 Ogos kita sudah mula kuliag semula. Semoga kita semua memeriahkan lagi Tamu Gadang kali ini. Sekian untuk perkenalan dengan Pengarah Bahagian Persembahan.

Tuesday, July 22, 2008

KOMEN MENGENAI JAWATANKUASA TAMU GADANG

Salam ikhlas sebagai pembuka bicara buat semua.
Saya tertarik dengan kata-kata kawan saya yang mengaitkan AJK-AJK Tamu Gadang adalah 'kroni-kroni' saya.Buat pengetahuan semua, saya memilih kesemua AJK Tamu Gadang dengan pemilihan secara temuduga iaitu secara beramai-ramai ataupun 'face 2 face' bagi yang telah menghantar borang ataupun berjumpa dengan saya sendiri.Oleh itu tidak timbul soal kroni ataupun tidak kerana semuanya ditemuduga mengikut kriteria yang diperlukan.Namun saya harus mengakui bahawa apa pun yang kita lakukan di dunia ini, pasti tidak dapat memuaskan hati semua orang termasuk rakan terdekat mahupun diri kita sendiri.Satu sahaja jawapannya iaitu kita manusia normal yang sememangnya 'unik'.

Monday, July 21, 2008

PERLAKSANAAN TAMU GADANG KE-10

Salam 'unik' untuk semua.
Saya tertarik untuk memberitahu info-info mengenai apa-apa yang berlaku dalam perlaksanaan Tamu Gadang kali ini.
Mula-mula saya mulakan sengan MT AJK dulu.
Kami dari Exco P&P (projek dan protokol) diberi amanah untuk menjadi Ketua Pengarah dan Timb. Ketua Pengarah 1.
Manakala Timb. Ketua Pengarah 2 adalah Saudara Sulfaisha. Saya percaya dengan pengalamannya semasa menjadi Pengarah Bahagian Urusetia Tamu Gadang ke-9 mampu menjadikan Pesta Konvo Tamu Gadang ke-10 lebih mantap(insyaALLAH).
Seterusnya Ketua Setiausaha adalah Saudari Fiza(nama glamour). Setakat ini semua kerja-kerja berkaitan dengannya amat bagus. Dia sangat rajin dan kuat bekerja. Tak rugi ambil dia jadi Ketua Setiausaha.(alhamdulillah).
Timbalan Saudari Fiza ialah Saudari Supi. Dia ni bersuara lantang dan semua kerja yang Fiza bagi siap dengan baik(Fiza yang cakap). Syukur dapat gandingan yang baik.
Manakala Ketua Bendahari pula ialah jejaka Mat Noor. Semua yang berkaitan dengan kewangan dibereskannya. Juga rajin dan cepat belajar.
Saudara Yap Kah Jin adalah Timbalannya. Dia ni pun berpengalaman dalam aktiviti kemahasiswaan.(duet yang ideal kan).

Itu sahaja perkenalan ringkas dengan MT AJK yang sempat untuk semua kenali. Untuk MT Pengarah Bahagian yang lain-lain akan saya ceritakan lain hari.(tunggukan cerita yang menarik mengenai Pengarah-Pengarah Bahagian nanti).

Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan agenda UNIVERSITI NALAYSIA SABAH untuk PROGRAM PESTA KONVO TAMU GADANG KE-10.

Sekian,
'hormatilah keunikan sesama kita'.

Sunday, July 20, 2008

BAJU BATIK ATAU BAJU KORPORAT?

Salam mesra buat semua.
Saya berkesempatan membaca blog yang dibuat rakan saya mengenai isu memakai baju apa ketika setiap hari khamis untuk barisan MPP sesi kami ini. Maka saya pun ada pandangan saya sendiri. Banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh barisan MPP kali ini untuk membuat anjakan paradigma untuk kebaikan semua. Antaranya memurnikan usaha memakai pakaian yang sama/selaras pada setiap hari khamis. Oleh itu, pelbagai pendapat di utarakan daripada semua rakan2 untuk menentukan pakaian apa yang sesuai. Akhirnya suara 2/3 mempersetujui memakai baju korporat mpp.
Pendapat saya senang saja, suara 2/3 adalah 'suara kami'. Apa -apa pun keluhan, rungutan dan sebagainya adalah perkara biasa dan normal. Akhir kata (hari ni jak) dari saya untuk anda semua 'manusia itu UNIK'. Hormatilah sesama insan.
Terima kasih.
(kepada rakan-rakan yang dimuliakan, harap kita sentiasa menjaga personaliti kita dengan baik selaras dengan gelaran kita sebagai MAHASISWA. Jangan lupa memurnikan usaha kami untuk sentiasa memakai kad matrik dan berpakaian sopan selalu.TQ)

Afizul & Nadiah

Assalamualaikum...
Salam Wasilah Ukhwah Fillah..

Setelah beberapa post, baru sy terfikir untuk memperkenalkan Exco Projek & Protokol.. entah macamana boleh lupa daratan untuk tak perkenalkan diri sendiri..Exco P&P ni terdiri dari 2 org.. sy & abg Pjo (nama glamer) :p
Ni gambar kami..
Sy yg di sebelah kiri n tgh2 tu mestilah Abg Pjo... Ni serba sedikit biodata kami..
  • ---> Nur Nadiah bt Abdul Rashid---> 26 Julai 1987---> Sekolah Sains & Teknologi--->Subang Jaya, Selangor....
  • ---> Mohammad Afizul bin Mohammad---> 10 Julai 1985 ---> Sekolah Psikologi & Kerja Sosial---> Kelantan
Jadi, kepada sesiapa yg ada masalah dgn Protokol sesebuah majlis, anda digalakkan berjumpa dgn kami. Seboleh2nya, jemput kami untuk memantau keadaan masa raptai agar majlis tersebut berjalan lancar..InsyaALLAH.. Kami akan membantu setakat yg mampu..
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah
*out*
-nurnadiahabdulrashid-



REHLAH 2008..

Assalamualaikum..Salam Wasilah Ukhwah Fillah..
Sabtu lepas (19 Julai 2008) telah diadakan REHLAH atas usaha Exco Sukan & Rekreasi MPPUMS dan pengarahnya Saudara Azan. Memang BEST gile!! :) Rugi sgt sape x pegi taw!!

REHLAH ni btujuan utk mengeratkan hubungan antara ahli PMUMS yg terdiri dari MPP sendiri, PM Sekolah & JAKMAS.. tak ramai yg datang tp mmg BEST sgt3! pagi tu sy (nadiah AR) smpai lmbat dgn Suhaini (exco akademik).. sampai2 je terus kena main game 'makan buah misteri'...nak dijadikan cerita, buah misteri tu tomato..klau ikutkan hati mmg tanak makan tp tgk ahli2 PMUMS lain semua sporting habis, kitorang pon join jela sekaki.. games lain yg ada pd hari tu adalah : bola beracun, cari asam boi dlm tepung (habis muka kitorang mcm opera cina pastu taw!), tiup belon smpai letup (dlm belon tu diorg letak serbuk kunyit!!! kuning2 lah muka..:p).. ni ade sebijik gamba yg diambil dari BENDAHARI, saudara Hilal...

Program macam ni mmg mendatangkan byk manfaat kpd PMUMS tu sendiri. kpd mahasiswa UMS lain, anda semua digalakkan untuk mengadakan program mcm ni. Budget tu boleh diusahakan bersama. InsyaAllah..

Moga Ukhwah antara kita semua kekal terjalin.. AMIN...

Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah

-nurnadiahabdulrashid-