Salam perjuangan untuk semua.
Saya berbangga kerana kebanyakan mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti kemahasiswaan adalah merupakan orang-orang yang berani bersuara dan meluahkan sesuatu dengan cara yang betul. Contohnya dalam organisasi Pesta Konvo Tamu Gadang Ke 10 ini, setiap malam post mortem diadakan untuk melihat kembali apa yang boleh dibaiki untuk penambahbaikkan. Malah saya menekankan sebarang luahan boleh dilakukan pada post mortem setiap malam di 'bilik kebal'(bilik gerakan Tamu Gadang). Apa yang terjadi membuatkan saya yakin dengan rakan-rakan mahasiswa yang berani meluahkan sesuatu yang sepatutnya dan berani bersuara mengetengahkan perkara yang seharusnya. Tahniah dan syabas bagi mereka yang beridentiti begini. Diharapkan semua mahasiswa tidak 'lesu'. Janganlah kita menjadi tikus yang sentiasa melarikan diri daripada kucing, tapi sebaliknya mencari jalan penyelesaian bersama.
Salam ikhlas untuk semua.
3 comments:
hey geng, zaman tikus skrg mana ada lg melarikan diri dari kucing? tukis zaman ni lebih berani banding dgn sebelumnya..haha..kucing yg takut tikus zaman skrg
skang ni politikus yang banyak...tikus habis kena tangkap buat lauk "ayam"..wahahaha..
doremon pun takut tikus tau....hehehe
Post a Comment