- Setiap artis mempunyai peminatnya yang sendiri sehinggakan ada yang terlampau ghairah melompat-lompat(lumrah bagi yang terlalu minat dengan penyanyi atau lagunya)
- Kawalan untuk peminat bertindak agresif ada, tetapi tetap susah dikawal
- Pelajar terlalu teruja melihat/mendengar pesembahan sehinggakan berkelakuan tidak sepatutnya sebagai pelajar
- Kawalan percampuran antara berlainan jantina dilaksanakan tetapi tetap bercampur selepas majlis tamat
- Pelajar betul-betul berhibur sehinggakan lupa akan status mahasiswa dll
Itu sahaja komen saya selaku penonton pada malam ini. Ini hanyalah pandangan saya mengikut perspektif saya. Dan apabila saya melihat dari sudut lain pula, pelajar-pelajar dikawal daripada meminum minuman keras, pihak universiti mengawal kesemua pergerakan majlis, para pelajar tidak perlu keluar dari universiti untuk berhibur dan sebagainya.
Pendapat saya ini tidak boleh dikatakan betul dan tidak boleh pula dikatakan tidak betul kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Malah saya tidak ada niat untuk memihak mana-mana pihak. Ia adalah dari dalam hati sanubari saya sendiri. Keunikan yang diciptakan ke atas kita membuatkan kita selalu berlainan antara satu sama lain. Sama-samalah kita berfikir demi kebaikan bersama. Yang mana baik kita ambil bersama, dan yang mana tidak baik kita ambil juga supaya dapat dijadikan teladan. Anda adalah penentu untuk diri anda.
Salam kepelbagaiaan buat kalian.