CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN BAGI YANG 'MERDEKA'.

Salam merdeka untuk semua.
Salam itu saya tujukan khas kepada semua yang merasakan dirinya merdeka dari cengkaman yang sepatutnya. Semoga pada hari ini kita semua memasang niat untuk terus memerdekakan diri kita dan membuat anjakan paradigma yang positif. Jangan pandang ke belakang untuk melemahkan semangat kita, tapi tolehlah ke belakang untuk membangkitkan perasaaan juang dalam diri untuk terus berjaya dan berjaya. Seimbangkan amalan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan lupa akan tugas kita sebagai mahasiswa. Belajar dan terus berusaha mencapai segulung ijazah yang bermakna. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KEPAADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
Salam perpaduan untuk semua.

Friday, August 29, 2008

MIDTERM DAN PASARAN KERJA

Salam ceria untuk semua.
Pada minggu ini semua pelajar UMS sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester. Bagi jawatankuasa Pesta Konvo Tamu Gadang 10, banyak yang harus di usahakan kerana ketika cuti seminggu yang lepas di bahagikan kepada aktiviti Tamu Gadang. Syabas dan tahniah kepada semua jawatankuasa Tamu Gadang kerana saya percaya anda adalah orang yang seimbang dengan aktiviti kemahasiswaan dan akedemik. Teruskan perjuangan suci anda semua.
Namun saya tertanya-tanya sendirian, kenapa orang lain juga seumpama sibuk dengan aktiviti lain sehinggakan ada yang belum bersedia menghadapi peperiksaan atau menyiapkan tugasan. Disini saya seakan-akan membuat tafsiran sendiri bahawa yang aktif tetap aktif dalam akedemik dan kemahasiswaan dan yang pasif terus mendiamkan diri. Kita harus ingat pasaran kerja menginginkan kita serba tahu dan serba bolehdalam apa sahaja bidang dan kemahiran. Oleh itu teruskan azam kita dengan satu matlamat iaitu kejayaan...
Salam hormat buat kalian.

Monday, August 25, 2008

BEST SANGAT! TAPI TIRAI TERPAKSA DILABUHKAN.

Salam cekal untuk semua.

Pada malam ini(25.8.08) adalah malam terakhir Pesta Konvo Tamu Gadang ke 10 berlangsung. Pelbagai suka dan duka dialami dan seribu pengalaman yang diperolehi. Ikhlas dari dalam hati saya amat sedih untuk meninggalkan organisasi jawatankuasa ini. Bayangkan tujuh hari tujuh malam kami ahli jawatankuasa bekerja bersama-sama dari pagi hingga ke pagi juga dengan postmortemnya setiap malam/pagi(purata 11pm-2am). Bukan itu sahaja kami bersama-sama, tetapi sejak berbulan-bulan yang lepas lagi kami meeting setiap minggu. Jika dulu saya baru sahaja kenal dengan pengarah bahagian, timb. pengarah bahagian atau ajk, tetapi sekarang macam adik beradik pula. Contohnya saya dengan pengarah keselamatan, urusetia, pertandingan, demonstrasi, makanan, pameran dan lain-lain. Boleh dikatakan kami macam adik beradik. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, saya merasakan hubungan silaturrahim bertambah erat. Syukur kerana aktiviti begini dapat menjalinkan seribu ikatan.

Walaupun pelbagai rintangan, masalah yang dihadapi semua, ia dijadikan cabaran untuk dirintangi bersama. Setiap kali postmortem pada sebelah tengah malamnya banyak rungutan, teguran, luahan hati dan perasaan, penambahbaikkan dilontarkan di bilik urusetia. Namun ia sekadar cara profesional untuk organisasi. Diluar, kami adik beradik, tetapi dalam meeting@ postmortem kami musuh yang profesional. Saya sering kali memberitahu kepada semua ahli-ahli meeting, ketika dalam meeting lontarlah apa sahaja yang kamu rasakan kamu harus bercakap, jangan simpan dalam hati takut ia meletup. Namun harus diingatkan semua itu boleh berlaku didalam bilik 'kebal' sahaja. Habis sahaja meeting, kita umpama adik beradik. ini barulah fleksibel dan profesional.

Akhir kata, semoga ikatan yang terjalin kekal utuh sepanjang masa. Sejuta pengalaman bersama korang tetap di ingatan. Maafkan salah silap yang disengajakan atau tidak sengaja. salam sayang korang semua. Sekian terima kasih.