CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 8, 2008

APA ERTI HIBURAN MELAMPAU?

Salam unik untuk semua.
Saya percaya dan pasti bahawa anda semua mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Oleh itu saya ingin membawa anda semua kedalam perbincangan bersama mengenai 'apa maksud hiburan melampau mengikut kefahaman anda?'

  • Adakah pernah berlaku hiburan melampau dalam UMS?
  • Adakah menyanyi itu hiburan melampau?
  • Adakah lakonan di pentas itu hiburan melampau?
  • Adakah membuat persembahan sajak hiburan melampau?
  • Adakah dikir barat hiburan melampau?
  • Adakah menari di pentas hiburan melampau?
  • Adakah sebarang persembahan yang anda tak suka itu hiburan melampau?

Sila lontarkan pendapat anda untuk perbincangan bersama. Pendapat saya dan anda tidak bermakna boleh diterima orang lain, tetapi mereka semua harus menghormati pandangan sesama manusia.

Berkata benarlah walaupun pahit.
Sekian.

4 comments:

pie said...

salam...

hedonisme ini asasnya adalah satu perlakuan yang mencintai "keseronokan" secara berlebih-lebihan. Malah kata asalnya hedonismos diambil daripada perkataan Greek bermaksud "delight" atau "pleasure". Dasarnya, manusia hedonist percaya bahawa tunjang utama hidup adalah keseronokan dan akhirnya perjuangan mereka adalah menuntut kebebasan manusia dalam segala segi.

Berbeza dengan kita mengapresiasi seni. Apabila kita suka pada konsert Anuar Zain, atau Hujan, atau Adam atau Stacy, itu bukanlah satu-satunya perlakuan yang menunjuk kita adalah hedonis atau menjunjung budaya hedonisme. Itu adalah appreciation of arts. Kesenian adalah satu cabang/ cara manusia menginterpretasi kehidupan. Kawalannya datang daripada kita sendiri. Kalau kita menonton konsert pada masa yang sesuai: maksudnya tidak ganggu waktu solat, tidak terlonjak-lonjak(kpd mereka yg tdk tlonjak2 la), tidak buat maksiat selepas konsert, whats wrong with it? Tidak boleh menyamakan keseronokan hanya pada kegiatan seni semata-mata. Orang seni yang profesional tidak berkarya untuk keseronokan. Mereka serius dan mengupas kehidupan dalam karya mereka. Artist berbeza dengan hedonist.

Dan mengatakan orang yg bermain muzik sebagai hedonist adalah nonsense. Muzik itu juga adalah apresiasi kita kepada seni. Seni itu cabang ilmu. Bagaimana kita menggapainya itulah persoalannya.

ada beza antara budaya menjunjung keseronokan atau bertuhankan kebebasan dengan budaya mengapresiasi seni. Jauh beza dua perkara ni.Semua benda dalam dunia ni termasuk kegiatan beragama pun kalau dibuat dengan ekstrem dan radikal memang mendatangkan padah.


i< saya petik dari jawapan salah seorang kenalan yang sedang dalam usaha menyiapkan tesis Permanent Head Damage >i

sentiasa memrhati dan diperhati.

pijol@fizul said...

terima kasih kepada pemerhati yang sudi berkongsi dengan kita semua.saya bersetuju dengan kata-kata pemerhati tetapi cuma sedikit pandangan dari saya iaitu penganjur sentiasa mengadakan persembahan selepas waktu solat, cuba mengawal tidak berlakunya maksiat, melarang terlonjak2 daan sebagainya. tetapi semua itu tetap berlaku diluar kawalan yang dijangkakan.sebagai contoh majlis penutupan karnival makanan, walaupun ia dibuat selepas waktu magrib, telah mengasingkan mengikut jantina, melarang dari berbuat perlakuan yang tidak senonoh seperti terlonjak2 dll.namun masih ada yang sengaja cari gaduh berkeras tidak mahu duduk jauh dari pasangan atas alasan 'saya sudah bayar tiket ini'.malah pergaulan berlainan jantina tetap berlaku selepas habis majlis diluar dewan.saya simpulkan bahawa penonton yang membawa masalah kepada gejala yang tidak sihat sebagai mahasiswa bukannya penganjuran persembahan.tepuk minda, tanya akal kepada semua yang meminati kesenian..

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...
Kita hayati bait-bait lirik lagu kumpulan Raihan:

"Berhibur tiada salahnya
Kerana hiburan itu indah
Hanya apabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah"

Pilihlah hiburan yg mendidik jiwa kita utuk mendekatkan diri kpd Yang Maha Esa.

pijol@fizul said...

semua lagu ada mesejnya yang sendiri.namun kadang kala yang jelas dan nyata pun kita tak nampak.sebaiknya kita pandai menilai dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.jadilah seperti ikan di lautan, walau berada dalam air yang masin, tetap sedap isinya kita makan kan.tapi tetap ada ikan masin(ikan kering)yang dimakan pun sedap juga...fikir2kan..