CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 31, 2008

MAHASISWA LESU???

Salam lontaran minda untuk smua.
Adakah mahasiswa 'lesu'? Pada pandangan saya 'lesu' atau tidak seseorang mahasiswa itu bergantung kepada pendefinisian seseorang itu sendiri. Mungkin boleh dikatakan:

  1. 'lesu' jika tidak aktif dalam persatuan,
  2. 'lesu' jika tidak pandai dalam pelajaran,
  3. 'lesu' jika tidak boleh 'bersuara lantang',
  4. 'lesu' jika tidak dapat melawan pedtadbir universiti,
  5. 'lesu' jika tidak beriman
  6. 'lesu' jika tidak menentang kerajaan
  7. 'lesu' jika tidak berintelektual
  8. 'lesu' jika tidak aktif dalam sukan

Oleh itu, apa pandangan anda terhadap 'mahasiswa lesu'? 'Lesu'kah mahasiswa sekarang?

Tepuk dada, tanya minda!

Salam kepelbagaian buat semua.

Tuesday, July 29, 2008

PRESIDEN PERKAMA SEKARANG.


Salam berbicara untuk semua.

Semasa menghadiri Konvensyen MPP ini, saya sempat bergambar dengan Naib Canselor UUM yang juga Presiden PERKAMA Malaysia. Semasa forum yang salah seorang ahlinya ialah Tan Sri Dr. Nordin b. Kardi, suasana sangat menarik di tambah lagi Tan Sri seorang yang amat 'unik' daripada ahli-ahli panel yang lain. Beliau menjadi 'idola' saya selepas Dr. Hj Fadilah Kamsah.

Salam keunikkan buat semua.

KONVENSYEN MPP.




Salam positif untuk semua.


Pada minggu lalu, kami berdua sempat menghadiri konvensyen MPP yang dibuat di Bangi. Kesemua IPTA yang terlibat adalah 20 Universiti. Banyak pengalaman dapat di timba selama 3 hari 2 malam disana. Satu resolusi berjaya disampaikan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Sekian info ringkas.