CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 21, 2008

JANGAN JADI 'TIKUS' !!!!

Salam perjuangan untuk semua.
Saya berbangga kerana kebanyakan mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti kemahasiswaan adalah merupakan orang-orang yang berani bersuara dan meluahkan sesuatu dengan cara yang betul. Contohnya dalam organisasi Pesta Konvo Tamu Gadang Ke 10 ini, setiap malam post mortem diadakan untuk melihat kembali apa yang boleh dibaiki untuk penambahbaikkan. Malah saya menekankan sebarang luahan boleh dilakukan pada post mortem setiap malam di 'bilik kebal'(bilik gerakan Tamu Gadang). Apa yang terjadi membuatkan saya yakin dengan rakan-rakan mahasiswa yang berani meluahkan sesuatu yang sepatutnya dan berani bersuara mengetengahkan perkara yang seharusnya. Tahniah dan syabas bagi mereka yang beridentiti begini. Diharapkan semua mahasiswa tidak 'lesu'. Janganlah kita menjadi tikus yang sentiasa melarikan diri daripada kucing, tapi sebaliknya mencari jalan penyelesaian bersama.
Salam ikhlas untuk semua.

Wednesday, August 20, 2008

Pesta Konvo Tamu Gadang Ke 10 Rancak!

Salam berpesta untuk semua.
Perasmian Tamu Gadang sudah pun berlalu, dan hari ini hari yang ke 3 pesta ini berlangsung. Pelbagai aktiviti menarik menanti semua pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan dan aktiviti yang berlangsung. Semoga kita semua memanfaatkan apa yang berlaku. Kepada semua rakan-rakan yang akan menerima segulung ijazah pada 23-25 Ogos ini TAHNIAH diucapkan. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.
Sekian terima kasih.

Sunday, August 17, 2008

PERASMIAN TAMU GADANG DIUBAH.

Salam mulia buat semua.
Untuk pengetahuan semua, Perasmian Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10 di awalkan daripada 20 kepada 19 Ogos 2008. Majlis ini akan dirasmikan oleh TYT Canselor UMS. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
Sekian terima kasih.

Monday, August 11, 2008

ON AIR @ SABAH FM 9.40 AM 15 0G0S 2008

Salam mesra buat semua...
Buat kali pertamanya saya akan keudara sebagai tetamu jemputan di Sabah FM pada hari jumaat ini selaku Pengarah Tamu Gadang Kali Ke-10. Amanah dan tanggungjawab akan saya pikul sabaik-baiknya. Dalam proses pembelajaran ini kita harus yakin dan mencuba dengan hati yang positif. Doakan saya dapat menjalankan tugas dengan keberkatan dari TUHAN.amin..
Sekian bicara untuk kali ini..

KENAPA KORANG NI, AKU DAH MALAS LAH.......!!!

Salam bermotivasi untuk kalian.
Kenapa kita semua kadang kala lemah semangat?
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa kata-kata yang boleh kita fikirkan bersama. Antaranya:
  • "hiduplah seperti lilin yang menyinari orang lain, jangan pula kamu hidup seperti duri yang menusuk diri dan menyakiti orang lain pula"
  • "setitik dakwat mampu membuatkan sejuta orang berfikir mengenainya"
  • "hidup tanpa pegangan umpama buih-buih sabun yang bila-bila masa akan pecah"

Sekian untuk renungan bersama.

Saturday, August 9, 2008

KU SANGKAKAN TEDUH DI SIANG HARI, RUPANYA HUJAN DI WAKTU MALAM

Salam jiwa merdeka buat semua.
Ketika ini saya baru sahaja balik daripada Majlis Penutupan Karnival Makanan yang bertemakan food as fuel. Pada malam ini terdapat beberapa persembahan untuk tarikan pengunjung diantaranya ialah nyayian daripada pelajar SSMP sendiri. Dan apabila habis sahaja majlis rasmi, majlis tidak formal diteruskan dengan cabutan bertuah dan nyayian daripada kumpulan HUJAN. Saya pada mulanya berada di belakang dan terus bergerak ke depan pentas untuk mengalami sendiri pengalaman di dalam dewan bersama-sama dengan pelajar yang lain. Ada beberapa rakan yang mengenali saya menegur dan kelihatan seperti terkejut kerana saya memakai jeans. Saya seperti pelajar-pelajar yang lain menjadi penonton yang setia. Apabila berada di depan pentas, ramai pelajar perempuan yang duduk bersila di atas karpet. Dan disebelah saya ada pasangan bukan daripada pelajar UMS. Saya menyelami sendiri perasaan berhibur disitu dari awal hingga akhir.
Banyak benda yang boleh saya simpulkan daripada majlis ini. Antaranya:
  • Setiap artis mempunyai peminatnya yang sendiri sehinggakan ada yang terlampau ghairah melompat-lompat(lumrah bagi yang terlalu minat dengan penyanyi atau lagunya)
  • Kawalan untuk peminat bertindak agresif ada, tetapi tetap susah dikawal
  • Pelajar terlalu teruja melihat/mendengar pesembahan sehinggakan berkelakuan tidak sepatutnya sebagai pelajar
  • Kawalan percampuran antara berlainan jantina dilaksanakan tetapi tetap bercampur selepas majlis tamat
  • Pelajar betul-betul berhibur sehinggakan lupa akan status mahasiswa dll

Itu sahaja komen saya selaku penonton pada malam ini. Ini hanyalah pandangan saya mengikut perspektif saya. Dan apabila saya melihat dari sudut lain pula, pelajar-pelajar dikawal daripada meminum minuman keras, pihak universiti mengawal kesemua pergerakan majlis, para pelajar tidak perlu keluar dari universiti untuk berhibur dan sebagainya.

Pendapat saya ini tidak boleh dikatakan betul dan tidak boleh pula dikatakan tidak betul kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Malah saya tidak ada niat untuk memihak mana-mana pihak. Ia adalah dari dalam hati sanubari saya sendiri. Keunikan yang diciptakan ke atas kita membuatkan kita selalu berlainan antara satu sama lain. Sama-samalah kita berfikir demi kebaikan bersama. Yang mana baik kita ambil bersama, dan yang mana tidak baik kita ambil juga supaya dapat dijadikan teladan. Anda adalah penentu untuk diri anda.

Salam kepelbagaiaan buat kalian.

Friday, August 8, 2008

APA ERTI HIBURAN MELAMPAU?

Salam unik untuk semua.
Saya percaya dan pasti bahawa anda semua mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Oleh itu saya ingin membawa anda semua kedalam perbincangan bersama mengenai 'apa maksud hiburan melampau mengikut kefahaman anda?'

  • Adakah pernah berlaku hiburan melampau dalam UMS?
  • Adakah menyanyi itu hiburan melampau?
  • Adakah lakonan di pentas itu hiburan melampau?
  • Adakah membuat persembahan sajak hiburan melampau?
  • Adakah dikir barat hiburan melampau?
  • Adakah menari di pentas hiburan melampau?
  • Adakah sebarang persembahan yang anda tak suka itu hiburan melampau?

Sila lontarkan pendapat anda untuk perbincangan bersama. Pendapat saya dan anda tidak bermakna boleh diterima orang lain, tetapi mereka semua harus menghormati pandangan sesama manusia.

Berkata benarlah walaupun pahit.
Sekian.