Salam mesra buat semua.
Saya berkesempatan membaca blog yang dibuat rakan saya mengenai isu memakai baju apa ketika setiap hari khamis untuk barisan MPP sesi kami ini. Maka saya pun ada pandangan saya sendiri. Banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh barisan MPP kali ini untuk membuat anjakan paradigma untuk kebaikan semua. Antaranya memurnikan usaha memakai pakaian yang sama/selaras pada setiap hari khamis. Oleh itu, pelbagai pendapat di utarakan daripada semua rakan2 untuk menentukan pakaian apa yang sesuai. Akhirnya suara 2/3 mempersetujui memakai baju korporat mpp.
Pendapat saya senang saja, suara 2/3 adalah 'suara kami'. Apa -apa pun keluhan, rungutan dan sebagainya adalah perkara biasa dan normal. Akhir kata (hari ni jak) dari saya untuk anda semua 'manusia itu UNIK'. Hormatilah sesama insan.
Terima kasih.
(kepada rakan-rakan yang dimuliakan, harap kita sentiasa menjaga personaliti kita dengan baik selaras dengan gelaran kita sebagai MAHASISWA. Jangan lupa memurnikan usaha kami untuk sentiasa memakai kad matrik dan berpakaian sopan selalu.TQ)
2021 yang power!
3 years ago
7 comments:
pembetulan:
Keputusan pemakaian baju korporat bukan dua per tiga (66 peratus). Hanya 13 orang yang bersetuju iaitu 46 peratus sahaja. Kasalahan Fakta!
ops!silap(fakta tetap fakta,jangan sesekali menegakkan benang yang basah)..maaf, fakta saya itu silap.cuma apa-apa pun kita mesti menghormati keputusan mesyuarat(bukan 2/3 tapi suara yang terbanyak sebab kita ada 3 pilihankan)
'uniknya manusia sejagat'
Yang jelas anda memilih "ATAS NAMA & JAWATAN MPP" kerana logo PMUMS, nama dan jawatan ada tertera dalam baju 'keparat' itu'
GK - gila pangkat.
Uniknya manusia kerana kita ada pelbagai pendapat yang memang berbeza setiap individu.'Gila Pangkat' ataupun 'Gila Kuasa' sukar diukur kerana kita susah nak menilainya dengan kaca mata 'saintifik'.Oleh yang demikian kita sebagai mnusia yang normal harus terima kritikan dengan hati yang terbuka supaya tiada dendam dihati.Terima Kasih atas kritikan yang membina itu.Sungguh 'UNIK' orang yang bernama 'muslimin agung' ini.
sukar untuk kita katakan kenapa dia memilih ini atau itu.oleh itu sesiapa saja tidak berhak mengatakan kita pilih ini kerana itu,ataupun sebaliknya.tetapi sebagai seorang yang berhemah, kita hanya boleh menghormati apa saja keputusannya kerana semua orang ada hak untuk menentukan apa yang dia nak tanpa paksaan.('human right').sebenarnya tidak pernah terlintas difikiran saya mengenai apa yang tertulis di baju korporat ataupun apa yang ada di baju batik.namun tohmahan itu sengaja dilemparkan kepada kami(yang memilih baju korporat)supaya kami 'tunduk' pada 'suara' yang sering berkata-kata.apa pun kita semua ada keunikkan tersendiri.sekian.
Keunikkan itu mula dieksploitasi untuk kepentingan peribadi seperti . . .
Post a Comment